01 December 2010

~~puisi~~


Jangan pernah sesekali berkata… Diriku adalah umpama mawar berduri Tapi katakanlah… diriku seorang wanita yang berusaha menjadi sekuntum mawar berduri Jangan pernah sesekali berkata… Diriku adalah wanita solehah Tapi katakanlah… diriku seorang wanita yang berusaha menjadi seorang wanita solehah Jangan pernah sesekali berkata… Diriku adalah seorang mujahidah sejati Tapi katakanlah.. Diriku adalah seorang wanita yang berusaha menjadi mujahidah sejati Jangan pernah sesekali berkata… Diriku adalah wanita berakhlak mulia tapi katakanlah… Diriku adalah seorang wanita yang berusaha untuk berakhlak mulia Kenapa duhai wanita.. Kerana kutakut dirimu akan berhenti berusaha dan berdoa serta merasa puas dengan pujian manusia Ku khuatir di sisi Allah dirimu belum mencapai tahap itu Walau seribu insan mengatakan dirimu Sekuntum mawar berduri,wanita solehah Mujahidah sejati mahupun wanita berakhlak mulia Bukankah penilaian Allah terhadapmu paling utama Jangan dirimu harapkan pujian insan harapkanlah pujian di sisi Allah dan penduduk langit Bukankah apabila Allah mencintai hambaNya Maka dia juga dicintai seluruh penduduk langit dan bumi Carilah redha Ilahi jangan dicari redha manusia kerana apabila redha ilahi yang dicari Pasti manusia turut redha padamu…

No comments:

Post a Comment

Kesayangan

Buah hati kesayangan ibu