31 July 2010

~~sepi ~~



Sukar sgt ke nak mamahami perasaan seorang perempuan?? leceh sgt ke perempuan ?? salah ke kalo ade perasaan termakan hati, terkilan hati dgn sesuatu yang terjadi.. kkdg tu emosi menguasai diri.. tapi SEPI dan berSENDIRI menjadi kawalan diri.. tp kalo itu pon dikatakan salah.. xle nak kate ape la... kecil hati bkn bererti membenci.. jauh sekali untuk tidak menyayangi.. bukanlah itu menunjukkan bahawa kita terlalu menyintai dan takut pada kehilangan dirinya.. huhu...

26 July 2010

~~Bagaimana mendapatkan hati yang tenang dan bahagia:

Bagaimana mendapatkan hati yang tenang dan bahagia:

1. Elakkan mengambil tahu tentang mereka di sekeliling kita yang kelihatan bahagia dan membandingkan dengan diri kita. Ini adalah tidakan yang negatif dan pesimis kerana ia bukan saja membuatkan kita berasa “Kenapa aku yang tidak bahagia, sedangkan orang lain boleh bahagia?” malah menjadikan kita menolak kebahagiaan dalam dari kita sendiri. Bila kita sering merasakan kita tidak bahagia kerana melihat orang lain yang bahagia, perlahan2 bahagia itu akan lari dari kita.

2. Fokus pada sesuatu perkara yang membahagiakan. Jangan melihat pada apa yang hilang dari kita, sebaliknya lihat pada apa yang masih tinggal. Kalau pasangan kita tak membahagiakan dari sesuatu sudut, pandanglah pada sudut yang lain. Jangan difikir pada benda yang tak ada, sebaliknya optimumkan apa yang tinggal untuk kita dan berbahagialah.

3. Melihat pada mereka yang lebih malang nasibnya. Kalau kita miskin, syukurlah kita tidak hidup melarat. Kalau kita tak ada kerja, syukurlah kita masih boleh makan dan tidak perlu pergi mencuri merompak. Kalau pasangan kita mengabaikan kehendak kita, syukurlah dia tidak ‘main’ luar. Kalau anak kita sering sakit, syukurlah kita ada duit untuk merawatnya. Di luar sana ramai orang hidup melarat, homeless, pasangan yang curang dan zalim,anak-anak menderita sakit sebab takde duit….

4. Menjadikan masa-masa yang ada untuk meperbaiki diri, bukan menangisi nasib. Kita selalu rasa tak bahagia, kerana kita ada banyak masa untuk memikirkan tentang betapa tidak bahagianya kita. Gunakan masa yang ada itu untuk memperbaiki diri, mencari kebahagiaan yang hakiki itu,bukan merintih dan mengeluh “Betapa malangnya nasibku~”. Rintihan yang paling baik adalah rintihan pengaduan kepada Tuhan. Jadi, mengadulah padanya.

5. Usah pinta dikecilkan ujian, tapi mintalah dibesarkan hati. Bila Allah menurunkan sesuatu, contohnya perasaan tidak bahagia itu, kita mungkin sering minta supaya diberikan kebahagiaan, dan dibawa benda2 kesedihan itu jauh2. Mintalah doa dilindungi dari hammi wal hazan yakni kegelisahan dan kesedihan, dan dikuatkan hati, diberi kesabaran dan ketahanan untuk menghadapi ujian2. Setiap perkara yang Allah turunkan kepada kita, adalah untuk menguatkan kita. Masa kita belajar, kita diberi ujian dan peperiksaan untuk melihat prestasi kita. Sekiranya semua soalan bocor, dan cikgu pula banyak diskaun markah, apa yang kita dapat? Masuk U kita mungkin jadi yang paling bodoh sebab sebelum ni cikgu banyak tolong. Allah memberikan kita ujian2 supaya kita dapat hadapi masa depan yang lebih mencabar. Gembiralah dengan ujian-Nya dan kuatkan hati.

6. Mengadu hanya kepada-Nya. Allah sentiasa ada bersama kita. Kadangkala diberikan hati yang tidak bahagia, sebagai mesej kepada kita bahawa apa yang kita nikmati didunia ni bukan asbab kebahagiaan. Bahagia itu ada bersama-Nya. Hati yang gusar dan tidak tenang, adalah petanda Allah memanggil2 kita untuk mendengar pengaduan kita. Ya, kita boleh jumpa mana2 kaunselor atau pakar motivasi, atau psychiatrist sekalipun, tapi mereka cuma boleh menunjukkan alternatif untuk menyelesaikan masalah kita, sedangkan Allah itu sendiri adalah penyelesaiannya.

7. Syukur dengan apa yang ada, jangan mengeluh pada apa yang tak ada. Pasangan yang tak romantik, tapi kita ada pasangan. Ramai lagi di luar sana masih tercari2 pasangan hidup untuk berkongsi kebahagiaan mereka. Syukur..syukur… kita ada tempat bergantung. Ada orang yang tak bertemu jodoh, atau jodoh tak panjang. Namun itu bukan sebab mereka tidak berasa bahagia. Allah berada dalam tiap2 hati itu bukan kerana dia berkahwin atau tidak, beranak atau tidak, kaya atau tidak. Dia tetap ada, cuma kita saja yang kadang2 nampak, kadang2 tidak.

8. Diri kita berhak untuk bahagia! Jangan jadikan perkara2 menyedihkan dan tidak membahagiakan itu sebagai benteng untuk kita mencapai kebahagiaan. Ada orang yang tunduk kepada masalah dan akhirnya hidup dalam keadaan yang tak happy. JANGAN MACAM TU! Kita berhak untuk mendapat kebahagiaan. Jika pekerjaan kita tak membahagiakan, jangan fokus pada yang tak bahagia tu. Mungkin cuma fokus pada gaji je, hehehe. Adeh. Kalau pasangan kita kurang membahagiakan, jangan biarkan dia menghilangkan mood kita untuk bahagia. Fokus pada diri kita dan buatlah aktiviti2 yang boleh buat kita happy.

9. Tunjukkan pada dunia bahawa kita adalah individu yang paling bahagia, dan kita tak perlukan apa-apa untuk berasa bahagia, kerana kehidupan ini memang sesuatu yang membahagiakan!

~~Ungu - Dilema Cinta @ lirik



kkdg x semua indah dalam menjalani hubungan.. terpulanglah untuk kite cube untuk menerima dan memperbaiki.. keputusan adalah terletak ditangan kite.. so hargailah sebelum ianya kehilangan.. dan apabila ianya tetap pergi.. kite perlu lah pasrah.....

18 July 2010

~~miss u



Kau begitu sempurna
Dimataku kau begitu indah
kau membuat diriku
akan slalu memujamu
Disetiap langkahku
Kukan slalu memikirkan dirimu
Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintamu
Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna.. Sempurna..
Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku

~~cerita si buta..

Duit 50,000…

Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan.

Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada pendapatnya, tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut. Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000.

Walaubagaimana pun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia. Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat.

Gangster : Mana wang tu?
Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu…
Si bisu menunjukkan isyarat untuk “Aku tak tahu apa yang mereka katakan.”
Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan pistol ke arah kepala si bisu.

Gangster : cepat bagi tahu, kalau tidak Aku akan tembak kepala kau, bisu…
Sibisu akhirnya menunjukkan isyarat “Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk.”

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster, “Dia tidak tahu di mana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah… “

hahahaha..

~~cerita kasih sayang

Pada suatu hari, seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika itu guru tersebut mengajar tentang kasih-sayang.

Pelajar: Macam mana kita nak pilih orang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana supaya kasih-sayang itu bekekalan?

Guru: Kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depanmu.Pilih yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang walau sekali. Pilih rumput yang paling cantik dan bawa ke kelas.

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumputpun di tangannya.

Cikgu: Kenapa tiada rumput yang dipilih?

Pelajar: Tadi masa berjalan, saya mencari rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik, tapi cikgu kata pilih yang paling cantik. Maka saya terus berjalan ke depan mencari rumput yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tidak jumpa lagi rumput yang paling cantik.

Mungkin ada di belakang tadi rumput yang paling cantik tapi cikgu kata saya tidak boleh ke belakang semula, Maka tiadalah rumput yang saya petik.

Cikgu: Itulah jawapannya. Klaau kita telah berjumpa dengan orang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang di depan kita dengan sebaik-baiknya. Jangan menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap berlaku dan tidak akan berulang lagi. Ingatlah orang yang kita sayang itu adalah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun sebenarnya banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput itu…

Rahasia Kasih Sayang Berdasarkan Bulan

Januari
- Mudah jatuh cinta terhadap individu yang mempunyai daya tarik.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati.
- Sukar setia pada yang satu.
- Pandai mengambil hati pasangannya tapi mudah melukai pasangannya
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya
pasangannya cemburu terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- Pasangan ideal untuk individu yang lahir dalam bulan Januari selalunya dilahirkan dalam bulan 3, 6,8,11.

Februari
- Sukar untuk jatuh cinta tapi mudah untuk mengkhianati pasangan.
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Senantiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu)
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Kurang beremosi terhadap pasangannya.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.
- Pasangan ideal: Lahir bulan 5,9,10,12

Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan
-Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Persaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
- Suka menuduh melulu tanpa usul periksa.
- Berprasangka terhadap pasangan.
- Pasangam Ideal: Lahir dalam bulan 1,5,10,12.

April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta dan amat memilih pasangan.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.
- Kebanyakan orang yang lahir dalam bulan ini boleh dianggap ‘hamba cinta’ seperti Laila, Juliet, Siti Zulaikha.
- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 4, 6,7,11,2

Mei
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk dipujuk.
- Kurang suka untuk sentiasa bersama.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control)
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.
- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 6, 9, 10, 11

Jun
- Pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam berhubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Cepat rasa bosan dalam percintaan.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.
- Pasangan Ideal: Lahir bulan 1,4,5,8.

Juli
- Sangat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Senantiasa menjaga amarah diri dan pasangan.
- Amat mudah dibujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai,
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dibujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Suka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga hubungan.
- Pasangan Ideal: Lahir bulan 4, 6, 7

Ogos
- Tidak serius dalam berhubungan
- Mengambil mudah dalam berhubungan
- Kesetiaan di ragukan.
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kalang kabut dalam perhubungan.
- Sering bertukar pasangan
- Sukar mencari pilihan yang tepat
- Sangat sensitif dan tahap cemburu yang minima.
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.
- Pasangan Ideal: Lahir bulan 1, 6, 10, 12

September
- Sopan dalam berhubungan
- Bertolak belakang terhadap pasangan
- Suka mengkritik pasangan
- Sangat prihatin terhadap pasangan
- Sangat sensitif dan emosi
- Pandai memahami pasangan
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan
- Amat memilih pasangan
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaam dan masalah pasangan.
- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 3, 6,8,11

Oktober
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasanangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Sukar menerima pandangan pasangan.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.
- Pasangan Ideal: Individu ini ramai pasangan yang sesuai dengannya 1,2,4,5,8,9,10,12.

November
- Banyak cara dalam menghadapi pasangan.
- Cermat dan teliti dalam menjaga hubungan.
- Amat berahasia dengan pasangan dan siapapun.
- Degil dan engkar dengan pasangan.
- Tidak suka dikongkong oleh pasangan.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Tidak menghargai suatu hubungan.
- Sambil lewa dalam perhubungan.
- Emosi yang mendalam dan tidak romantik langsung.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.
- Kurang menhargai pasangan dan hal-hal percintaan.
- Kurang bersama dengan pasangan.
- Pasangan Ideal: 4, 7

Disember
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu (sifat lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan
- Curang dalam percintaan.
- Kurang berkerjasama dengan pasangan.
- Selalu cuba untuk mencari pasangan yang baru
- Mudah menipu dan tidak jujur terhadap pasangan.
- Pasangan Ideal: Lahir bulan 3, 9, 11, 12.

~~jom tengok!!

~~lagenda budak setan

15 July 2010

~~Bukan Cinta Biasa(with lyric)

~~my frendzz

kak elis...farrah...wawa.. kawan yang paling rapat kt seranta.. korang yg sllu bg semangat tuk sy teruskan bekerja..thanks kat u all semua.. mcmane jauh kite.. korg still best friend sy..miss u all...muaahhhhh....=)

~~aizanhidayah-Yang Terindah(Dakmie)

lagu nie kt untuk seseorang yang amat sy sayangi....hihi

~~my housemate..hidayah's..


nie kawan aku serumah, sename..hahaha.. hidayah, hidayah's, hidayah kuasa dua, al kisah hidayahs n mcm2 lagi la.. huhu.. no secret, no jelous..itulah trademark kami..=) dyh, tq cz faham sy, keep our relatinship still alive...=)

~~my love hubby


hehe.. jeng2..insan yg bernama muhammad saiful aizan bin md amin yang sgt sy sayangi.=p..insan yang telah mengajar sy erti kehidupan, erti kasih syg.. erti kesabaran.. syg n rindu sy kat awk.. hope awaklah jodoh sy n boleh membimbing sy kelak..semoga hubungan kita berkekalan dan diberkai Allah....aminnn... (p/s: awk.. xyah la bt muka serius sgt ek..haha)

~~muhammad amirul aiman


hahahaha.. kalo nak tau nie la satu2 nye anak buah sy..comelnyer dia.. nakl pon le tahan gak nie.. umur br stahun kaki da penah berbungkus terseliuh.. aktif sesangat..aiman..aiman.. aiman x kisah ye...dia penyeri dlm hidup keluarga sy..

~~Saujana - Keluarga Bahagia

semoga keluarga sy seindah lagu ini..selamat mendengar!!!

~~my love family


assalamualaikum..kt sebelah tu gambar keluarga sy, keluarga tersayang.. skrg yg tgl ini je (sy da kehilangan mak yang sgt sy sygi..huhu) yg dok sebelah kiri tu ayah sy.. abdul rahman bin hussien..sebelah tu pulak adik bongsu sy name dia muhammad islahuddin. yg diri dr kiri tu abg ipar sy name dia saiful bahari. pggl dia abg long je. sebelah tu lak along sy name dia rosnah. yg dia dukung tu anak dia la..muhammad amirul aiman. yg sebelah kanan sekali tu adik sy name dia arba'yah.. yg paling rendah tu sape lagi..sayalah..hahahaha..mase nie time raye taun lps (2009) .keluarga makni balik ry sekali dgn kitaorg.. ni 1st raye tanpe ibu tercinta Rokiah abdul manaf.. walaubagaimanapon... kami sekeluarga redha atas pemergiaan dia..mungkin Allah lebih menyayanginya..kalo dl2 arwah mak la yang masak ms pagi raya ni..tp kali ni, suh makbi je yg masak..
Rindu sgt2 dgn masakan mak..huhu....skrg nie.. along da tinggal kt kg n bolehlah dia jage ayah n is.. hope keluarga sy nie dapat hidup bahagia selamanyer...amin...

Kesayangan

Buah hati kesayangan ibu